Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar ditampar 12 kali

pelajar ditampar

TAWAU: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditampar oleh seorang guru kerana dituduh bermain bunga api pada Jumaat lepas.

Pelajar berusia 15 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata akibat dari tamparan kuat tersebut, dia mengalami sakit kepala dan muntah.

Perkara tersebut dilaporkan kepada ayahnya yang kemudian membuat laporan polis sebelum membawa anaknya ke hospital untuk rawatan.

“Kawan saya yang bermain bunga api tetapi saya yang dituduh oleh guru tersebut,” kata Yap.

Kejadian tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Komen


Berita Berkaitan