Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar disaran sasar matlamat awal

Pensyarah Kanan, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal menyampaikan motivasi kepada 149 pelajar SMSL. - foto ihsan UMS
Pensyarah Kanan, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal menyampaikan motivasi kepada 149 pelajar SMSL. – foto ihsan UMS

LABUAN – Pelajar diingatkan supaya tekun belajar bukan sahaja untuk meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga menimba ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada negara dan bangsa.

Pensyarah Kanan, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata, pelajar seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.

“Untuk menjadi pelajar cemerlang, mereka perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Pelajar juga wajar mendengar dan mematuhi nasihat ibu bapa,” katanya ketika berucap dalam program motivasi di sini semalam.

Kira-kira 149 pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) menghadiri sesi motivasi di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Mereka terdiri daripada 65 pelajar Tingkatan Satu dan 84 pelajar Tingkatan Dua SMSL.

Sehubungan itu, Dr. Geoffrey yang juga Timbalan Pengarah menasihati pelajar supaya memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran di kelas yang dibimbing guru yang berkelayakan dan berpengalaman.

Katanya, pelajar tidak seharusnya leka kerana mereka akan ketinggalan berbanding pelajar lain dan merugikan masa. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan