Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar dinasihat supaya aktif dalam ko-kurikulum

TAWAU: Para pelajar sekolah dinasihatkan supaya aktif menyertai aktiviti ko-kurikulum sekolah terutama persatuan beruniform yang mampu membantu proses permohonan memasuki institusi pengajian tinggi dan juga pekerjaan di masa hadapan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata, permohonan untuk memasuki institusi pengajian tinggi bukan sahaja dinilai melalui pencapaian akademik, tetapi penglibatan aktif dalam ko-kurikulum turut diberi perhatian.

“Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum dapat menonjolkan sikap diri kita sebenar khasnya dari aspek kepimpinan seseorang individu itu,’’ katanya ketika berucap di  Majlis Penarafan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Peringkat Daerah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata ahli PPIM perlu menjadi pembimbing rakan sebaya lain khususnya berkaitan akhlak agama bagi membendung gejala sosial kalangan pelajar sekolah.

Pada majlis itu, Hamisa turut menyampaikan sijil penarafan tersebut kepada 171 ahli PPIM.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah
Hamisa (tengah) menyampaikan sijil penarafan kepada salah seorang ahli persatuan.
Hamisa (tengah) menyampaikan sijil penarafan kepada salah seorang ahli persatuan.

Komen


Berita Berkaitan