Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar digalakkan ceburi sains dan teknologi penuhi keperluan pasaran pekerjaan

SEMPORNA, 22 Sept (Bernama) — Pelajar digalakkan untuk menceburi bidang sains dan teknologi iaitu bidang yang diperlukan dalam industri pekerjaan sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah berkata ramai graduan tidak mempunyai pekerjaan kerana kebanyakan mereka hanya bersandarkan kepada peluang untuk menyertai perkhidmatan awam yang mungkin mempunyai kekosongan jawatan yang terhad.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan memikirkan cara menjana pendapatan, di samping menyediakan peluang pekerjaan dan melihat keperluan membangunkan industri di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong. Gambar Fail SNT

“Sebab itulah kita melihat negara seperti Korea Selatan dan Taiwan, orang-orangnya kaya sebab terlibat dalam perindustrian.

Oleh itu, pelajar perlu fokus kepada bidang seperti sains dan teknologi yang ada potensi besar pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Kayuhan dan Larian Amal sempena Program Sayangi Malaysiaku anjuran Kastam Diraja Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jaujan memberitahu pelantikan ketua kampung dan pemimpin anak negeri di negeri ini masih dalam proses.

Katanya, perkara melantik jawatan berkenaan dari kalangan akar umbi bukan mudah kerana memerlukan penilaian beberapa elemen seperti had umur, kelayakan dan pengalaman, khususnya dalam kalangan wanita dan belia.


— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan