Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar diasing kerana rambut ungu

Holly Amber, 14, diletakkan dalam kelas pengasingan sehingga akhir tahun kerana kesilapan ibunya mewarnakan rambutnya menjadi ungu terang. - Foto Daily Mail
Holly Amber, 14, diletakkan dalam kelas pengasingan sehingga akhir tahun kerana kesilapan ibunya mewarnakan rambutnya menjadi ungu terang. – Foto Daily Mail

London: Seorang pelajar perempuan dilarang ke sekolah kerana ibunya tersilap mewarnakan rambutnya menjadi warna ungu terang.

Holly Amber, 14, kini diletakkan dalam kelas pengasingan selepas pentadbiran Akademi Ormiston, Ilkeston, dekat London, menegaskan mereka tidak akan mengajarnya kerana warna ‘melampau’ rambutnya.

Ibunya, Sara, menegaskan warna berkenaan adalah kesilapan tetapi phak sekolah tetap enggan sebelum berlembut dengan memutuskan remaja itu akan diajar berasingan daripada pelajar lain.

“Saya marah dengan cara mereka kerana ia menjejaskan pembelajaran anak saya hanya kerana warna rambutnya,” kata Sara.

Menurutya, dia mewarnakan sendiri rambut anaknya sebagai proses merawat dan tidak tahu bagaimana ia boleh menjadi warna ungu terang.

Dia membawa anaknya ke salon tetapi diberitahu oleh pendandan bahawa rambut anaknya tidak dapat diwarnakan kembali dalam masa lapan hingga 12 minggu. – Daily Mail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan