Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar cemerlang kurang mampu dapat peluang lanjut pelajaran

Penerima anuerah tajaan Petronas bergambar kenangan bersama Pairin (duduk, tengah). - foto ihsan Petronas
Penerima anuerah tajaan Petronas bergambar kenangan bersama Pairin (duduk, tengah). – foto ihsan Petronas

KOTA KINABALU – Bermula tahun ini, Petronas akan meluaskan Program Penajaan Bantuan Latihan Institusi Vokasional (Vista) di Sabah dengan menyediakan bantuan penajaan pendidikan untuk pelatih daripada keluarga kurang berkemampuan.

Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia Petronas, Datuk M. Anuar Taib berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan memastikan golongan muda Sabah dapat melanjutkan pelajaran sekaligus menambah keupayaan tenaga kerja negara.

Menurutnya, Petronas pada ketika juga memberikan sokongan kepada enam institusi vokasional di Sabah iaitu Institut Kemahian MARA Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Kolej Yayasan Sabah, Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Papar, Pusat Giatmara Kimanis dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.

“Di bawah program tersebut institusi vokasional terbabit akan menerima bantuan dari segi bekalan mesin dan alatan teknikal, bahan guna pakai untuk kursus dijalankan, latihan dan kursus terpilih bagi tenaga pengajar serta bantuan teknikal dan khidmat nasihat berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan Petronas yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Dalam majlis itu, seramai 214 penerima terdiri daripada pelajar sekolah menengah hingga institusi awam menerima anugerah penajaan pendidikan Petronas. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan