Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar cedera parah terbabit kemalangan

REMUK ... Kelihatan kenderaan remuk selepas terbabas.
REMUK … Kelihatan kenderaan remuk selepas terbabas.

KENINGAU: Seorang pelajar cedera parah di bahagian kaki dan tangan selepas terbabit kemalangan di Batu 19 Jalan Keningau-Sook.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila, kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi melibatkan sebuah kenderaan motokar jenis Toyota DX.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Arnoldo Reay David, 19 tahun, berbangsa Dusun cedera selepas terlibat kemalangan di bahagian kaki dan tangan.

Katanya, kejadian berlaku semasa kenderaan itu dipandu dari arah Keningau menuju ke Sook. Apabila sampai di tempat kejadian di kawasan selekoh pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tiang eletrik.

Pemandu itu telah dihantar ke Hospital Keningau menggunakan Ambulan bagi mendapatkan rawatan. Punca kemalangan masih dalam siasatan polis, tambah Ahmad ketika dihubungi media di sini, pada Rabu. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan