Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar Cantik Jadi Pelaris

9:12am 09/11/2015 Pak Roshan 406 views Global
LI menyediakan bungkusan makanan untuk pelanggan.

LI menyediakan bungkusan makanan untuk pelanggan.

Beijing: Seorang pelajar di Universiti Yangzhou yang menyertai program kerja sambil belajar menjadi terkenal di kampus dan Internet selepas pelajar lelaki menggelarnya ‘ratu kafetaria.’

Gadis berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Li, mula bekerja setiap waktu makan tengah hari dan malam di kafetaria berkenaan seminggu lalu.

Sejak ketibaannya, perniagaan gerai tempat dia bekerja meningkat mendadak.

Pelanggannya bertambah dari sehari ke sehari, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar lelaki yang mengambil kesempatan untuk mencuci mata.

Ada pelajar yang malu ditegur kerana sering ke gerai itu menggunakan alasan makanan yang dijual di situ sedap.

Kerana semakin ramai yang jatuh hati pada Li, pelajar berkata, kafetaria itu semakin sesak sehinggakan sukar untuk mendapatkan tempat duduk.

“Saya bekerja sementara. Saya tidak sangka jadi terkenal di laman sosial Weibo. Saya terkejut bila melihat kisah saya tersebar,” katanya.

Bagaimanapun Li berkata, dia tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku.

“Saya mahu bekerja bagi memenuhi sebahagian syarat pembelajaran saya,” katanya.

Seorang pelajar lelaki menulis di Weibo: “Dia memang cantik. Tetapi hatinya lebih cantik. Tarikannya bukan terletak pada wajahnya, tetapi juga kemesraannya.” katanya.-Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan