Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar berpotensi dalam bidang sukan diberi peluang

10:54pm 15/02/2016 Ann Vivien 18 views Sukan,Tempatan
Mar

Arthur memberi baju sukan kepada seorang penerima

KENINGAU: Pelajar yang berpotensi dalam bidang yang diceburi termasuk bidang sukan, sentiasa mendapat peluang untuk terus pergi jauh dalam bidang tertentu dengan bantuan serta sokongan pihak kerajaan dan swasta.

Naib Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia, Arthur Joseph Kurup, berkata setiap kejayaan yang dicipta oleh pelajar sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan yang sedia membantu untuk membolehkan bakat serta potensi yang ada terus digilap dan mencapai kejayaan yang cemerlang termasuk mengharumkan nama sekolah,negeri dan juga negara.

Justeru, katanya setiap pelajar harus berusaha untuk mendapat peluang terutama tajaan tertentu untuk menjadi wakil disemua peringkat sukan dengan rekod pencapaian yang cemerlang  dicipta sejak awal lagi.

Katanya ini termasuk kemudahan biasiswa pendidikan dan juga sumbangan dana daripada pihak swasta yang akan menaja atlit bagi mewakili negara dengan menyediakan kemudahan kewangan yang sewajarnya.

” Jika pelajar  ada kejayaan yang boleh dibanggakan oleh semua orang,ada kelayakan dan kebolehan sudah tentu mudah untuk kita memohon atau meminta peluang yang ada diberikan keutamaan kerana ini sumbangan dan juga jaminan masa depan yang terbaik”katanya ketika memberi amanat kepada kontigen MSS Zon Pegalan, sempena program suaikenal dan penyerahan baju-T kepada 30 atlit terlibat. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan