Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar bergaduh viral di laman sosial ditahan

6:58pm 10/02/2016 Pak Roshan 2575 views Jenayah,Mutakhir
PERGADUHAN beramai-ramai ketika sukan tahunan sekolah yang berlangsung pada 4 Februari lalu.

PERGADUHAN beramai-ramai ketika sukan tahunan sekolah yang berlangsung pada 4 Februari lalu.

TAWAU: Polis menahan sembilan remaja termasuk lapan pelajar sebuah sekolah menengah dekat sini, semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan beramai-ramai ketika sukan tahunan sekolah itu berlangsung pada 4 Februari lalu.

Semua pelajar yang berusia antara 15 hingga 17 tahun dengan seorang lagi bekas pelajar sekolah itu yang berusia 18 tahun, ditahan secara berasingan pada 8 dan 9 Februari.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari pada Khamis minggu lalu, pergaduhan dikatakan tercetus selepas acara sukan selesai membabitkan lapan pelajar dan seorang bekas pelajar di luar kawasan sekolah berhampiran pondok bas.

Rakaman pergaduhan yang berdurasi selama 38 minit itu, dipercayai bermotifkan dendam lama selain berlaku perselisihan faham antara pelajar terbabit, turut viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata semua mereka ditahan dalam lokasi berasingan.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

“Polis juga meminta kepada orang ramai, jika ada kejadian seperti ini segera laporkan kepada polis tanpa menunggu ia viral di laman sosial,” katanya dalam kenyataannya di sini, sebentar tadi.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan