Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pelajar bantah lawatan Jusuf Kalla

PELAJAR membakar tayar untuk menghalang laluan Jusuf.
PELAJAR membakar tayar untuk menghalang laluan Jusuf.

Makassar: Lawatan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla di wilayah kelahirannya di sini disambut dengan bantahan besar-besaran oleh kumpulan pelajar.

Kumpulan pelajar dari Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Cabang Makassar itu berhimpun di jalan raya bagi meluahkan kekecewaan terhadap corak pemerintah Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Tunjuk perasaan bermula apabila beratus-ratus pelajar berkumpul di sebuah pusat beli-belah sebelum mereka menghentikan sebuah lori buah-buahan untuk menghalang jalan raya.

Kumpulan pelajar turut membakar tayar dan menyebabkan jalan raya di bandar ini sesak teruk.

Wakil HMI, Dian Mahardipa berkata, tindakan itu adalah tanda kekecewaan mereka terhadap pimpinan Jokowi dan Jusuf yang melakukan pelbagai ‘jenayah’ kepada rakyat.

“Mereka menaikkan harga minyak dan tarif elektrik sesuka hati serta menunda hukuman mati terhadap pesalah dadah Bali Nine.

“Kami tidak akan berhenti membuat bantahan sehingga Jokowi dan Jusuf meletakkan jawatan,” katanya.

Beberapa kumpulan pelajar turut kelihatan berkumpul di bawah satu jejambat sebelum berarak menuju ke Universiti Islam Indonesia.

Kumpulan itu dikatakan akan kembali ke markas HMI sebelum keluar beramai-ramai ke jalan raya untuk meneruskan bantahan.

Jusuf yang mewakili Jokowi membuat lawatan kerja sehari ke Makassar bermula semalam.

Beliau dijadualkan membuat beberapa lawatan dan berucap di Universiti Hasanuddin sebelum kembali semula ke Jakarta. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan