Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pelajar 13 tahun dakwa dirogol teman Facebook

8:16am 29/05/2014 Pak Roshan 2409 views Sandakan,Tempatan

pic-51

SANDAKAN: Seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun membuat laporan polis di sini mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali melalui Facebook.

Hasil siasatan mendapati suspek berumur 18 tahun adalah teman lelaki mangsa yang hanya dikenali melalui Facebook dua minggu yang lalu.

Kali pertama mereka keluar bersama pada Ahad lepas (25 Mei) dan kemudian berjanji untuk berjumpa lagi keesokan harinya (26 Mei). Selepas pulang dari sekolah kira-kira jam 3 petang, mangsa berjumpa dengan suspek di Bandar Sandakan dan kemudian pergi makan dan berjalan-jalan.

Selepas itu, suspek mempelawa mangsa untuk menghantarnya pulang ke rumahnya di Flat Jalan Singapura. Namun, semasa melalui sebuah bangunan lain, suspek mengajak mangsa naik ke tingkat atas (bumbung) untuk berbual-bual di situ. Apabila sampai di tingkat 6, mereka dapati pintu ke bumbung berkunci, jadi mereka duduk di tangga loteng dan berbual-bual.

Suspek mengajak mangsa mengadakan hubungan seks, mangsa pada mulanya enggan tapi selepas dipujuk rayu mangsa mengikut sahaja.

Selepas kejadian itu, kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing. Disebabkan mangsa pulang lewat, ibu mangsa mendesak mangsa memberitahu ke mana dia pergi. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan ibunya, mangsa menceritakan kejadian itu dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Mangsa juga dibawa membuat pemeriksaan doktor dan pemeriksaan pakar mendapati terdapat kesan koyakan baru pada hymen mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Fadzil Mohd Ali yang mengesahkan kes berkenaan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan suspek berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan