Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PELABURAN SHELL TIDAK TERJEJAS JIKA ROYALTI 20 PERATUS DIBAYAR KEPADA SABAH DAN SARAWAK

KOTA KINABALU: Shell Malaysia Limited (Shell) yakin pelaburan syarikat itu dalam industri minyak dan gas (O&G) di Malaysia tidak akan terjejas sekiranya kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) melaksanakan pembayaran royalti 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, ini kerana terdapat peraturan yang sangat jelas dan digunapakai oleh negara ini bagi syarikat-syarikat seperti Shell.

“Jadi pada masa ini, peraturan minyak dan gas di Malaysia sangat jelas dan kepentingan pelaburan kita di negara ini adalah kekal selagi mana ia (peraturan) tidak menjejaskan pelaburan Shell.

Datuk Iain Lo. Gambar Fail SNT

“Apa yang kita lihat, sama ada kerajaan negeri mahupun Petronas, tidak ada pihak yang mahu menjejaskan iklim pelaburan dalam industri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada jalinan rakan niaga di antara Shell dan Petronas masih lagi dianggap berdaya maju setelah pengagihkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak mula dilaksanakan oleh Petronas.

Pengagihan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak merupakan antara hak-hak yang telah dimetrai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa pembentukan Malaysia yang merangkumi wilayah iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Perkara itu yang telah dijanjikan oleh kerajaan PH semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk menggembalikan hak Sabah dan Sarawak, kini didesak untuk menyegerakan pembayaran royalti berkenaan daripada lima kepada 20 peratus.

“Bagi Shell, kita tunggu dan lihat apa hasilnya… tetapi kita tidak menjangka pengagihan itu (20 peratus royalti minyak) akan mempengaruhi perniagaan atau pelaburan kita di negara ini,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan