Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja syarikat nafi memandu secara berbahaya hingga sebabkan kematian

2:05pm 27/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pekerja syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki.

Binjiol Lam Kah Vai, 35 hadir di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan tersebut di simpang Bandar Baru Penampang, pada jam lebih kurang 6.50 pm pada 22 Januari 2011.

Jika disabitkan kesalahan, Binjiol akan dihukum dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda maksimum RM 20,000.

Mahkamah talah menetapkan tarikh 2 Mac depan untuk pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sejumlah RM 4, 500 ( RM 2,500 deposit) beserta dua orang penjamin tempatan.

Tertuduh diwakili oleh Peguam Ariel Dasan, manakala pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan