Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja stesen minyak jumpa janin dalam tandas

baby

KUALA LANGAT: Seorang pekerja sebuah stesen minyak di Bandar Sungai Emas di sini terkejut apabila menemui janin bayi yang telah hancur ketika membersihkan tandas wanita di situ.

Pekerja terbabit yang enggan dikenali berkata, tandas tersebut tersumbat dua hari lalu menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menutupnya buat sementara waktu.

Hari ini pada kira-kira pukul 10.30 pagi, saya cuba membersihkan tandas itu kerana menyangka ada tuala wanita tersangkut dalam saluran air tandas tersebut.

Saya cuba menguis dengan kayu dan terkejut apabila ternampak objek seperti tangan dan segera memberitahu pihak pengurusan sebelum mereka menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd. Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.40 petang dan tiba di tempat kejadian 18 minit kemudian.

Janin yang dipercayai berusia tujuh bulan itu sudah hancur dan hanya tinggal cebisan tangan dan kaki ketika di keluarkan daripada saluran tersebut.

Janin itu dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Komen


Berita Berkaitan