Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja stesen minyak ditahan kerana mencabul

4:26pm 29/05/2016 Leolerry Lajius 1948 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan seorang lelaki yang bekerja di sebuah stesen minyak kerana mencabul seorang wanita yang datang mengisi minyak di stesen berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, ketika kejadian pengadu telah  singgah untuk mengisi minyak di Pam nombor 5, Stesen Minyak tersebut dan telah membuat pembayaran di kaunter serta  telah meminta seorang pekerja lelaki (suspek)  untuk mengisi minyak ke dalam kereta pengadu.

“Selesai membuat pembayaran, pengadu kembali  ke kereta dan apabila pengadu menghampiri kereta, secara tiba-tiba suspek memeluk pengadu dari belakang dan menghimpit badan pengadu ke kereta, tetapi apabila pengadu menjerit suspek  terus lepaskan pengadu.”

“Pengadu yang dalam ketakutan terus masuk ke dalam kereta kerana  ketakutan dan mengunci kereta sehingga saspek selesai mengisi minyak,”katanya.

Tambah Chandra, siasatan lanjut mendapati ini kali pertama pengadu melihat saspek dan pengadu juga tidak mengenali saspek tetapi pengadu boleh mengecam saspek.

“Akibat daripada kejadian tersebut, pengadu trauma untuk keluar sendiri,”katanya sambil menambah perbuatan saspek juga turut dirakam CCTV di stesen berkenaan.

Kes disiasat di bawah  Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan