Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja spa kecantikan ditemui mati dalam bilik terapi

NORFAZLINA Abantas.
NORFAZLINA Abantas.

KOTA KINABALU: Seorang gadis yang juga pekerja sebuah spa kecantikan di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, dekat sini, ditemui mati dalam salah satu bilik terapi, pagi tadi.

Mayat Norfazlina Abantas, 20, ditemui dalam keadaan terbaring dan darah keluar daripada mulut oleh pengurus spa terbabit kira-kira jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata selepas menyedari pekerja spa terbabit tidak sedarkan diri, pengadu menghubungi polis dan ambulans melalui talian kecemasan 999.

“Sebuah ambulans dari Hospital Queen Elizabeth dihantar ke lokasi namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya di sini, sebentar tadi.

Chandra berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada kesan selongkar atau geledah di dalam bilik berkenaan.

“Kita juga tidak menjumpai sebarang senjata dan ubat-ubatan di dalam bilik itu mahupun kawasan sekitar lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kematian mangsa yang bekerja di spa berkenaan sejak tiga bulan lalu masih dalam siasatan kerana polis perlu laporan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan