Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja SESB Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Beaufort – SESB

8:44pm 21/07/2016 Pak Roshan 5916 views Beaufort,Berita Pilihan,Mutakhir,Tempatan

sesb

KOTA KINABALU : Seorang pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pendawaian di Kampung Padas Damit, Beaufort dekat sini, Khamis.

SESB dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa berusia 35 tahun, berasal dari Kampung Kota Klias, Beaufort meninggal dunia semasa melakukan kerja senggaraan. Punca kematian masih disiasat.

“Laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat di Balai Polis berdekatan dan pihak SESB telah memulakan siasatan terhadap kejadian berkenaan, sebelum laporan penuh siasatan diserahkan kepada pihak berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, mangsa telah berkhidmat selama sembilan tahun di SESB sebagai ‘cable jointer’ di Pejabat SESB Kawasan Beaufort.

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan penuh diperoleh bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan