Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja Sektor Kerajaan perlu “Think Out Of The Box”

9:14pm 02/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 15 views Tempatan
Datuk Siringan Gubat- Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Datuk Siringan Gubat- Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Warga kerja yang berkualiti merupakan aset utama kejayaan sesebuah organisasi.

Justeru itu, semua pihak termasuklah pihak kerajaan, agensi kerajaan perlu bekerjasama agar semua lapisan warganya dapat berubah ke arah pekerja yang berkualiti.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata setiap warga kerja perlulah berfikir secara kreatif dan di luar pemikiran biasa (think out of the box) bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

“Kita perlu memastikan pelanggan merasa seronok ketika berurusan dengan pihak kerajaan serta berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan”, katanya.

Siringan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Makan Malam KPSKTM, di Grand Ballroom Shangri- La’s Tanjung Aru Resort and Spa, di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, majlis makan malamn tersebut merupakan satu saluran kepada semua warga KPSKTM untuk mengeratkan hubungan agar dapat memastikan semua perancangan yang disusun dapat dilaksanakan dengan mudah.

Selain itu, kementerian tersebut juga telah menganjurkan Sukan Antara Agensi yang mana mampu memupuk gaya hidup sihat disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hajah Hamisa Samat, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Bruno Vun, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, dan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Puan Moira David. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Siringan memotong kek, gimik perasmian majlis makan malam KPSKTM- Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Siringan memotong kek, gimik perasmian majlis makan malam KPSKTM- Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan