Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja premis judi haram didenda

KOTA KINABALU- Seorang pekerja premis judi haram didenda RM 500 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan memiliki peralatan judi haram

Jennyfer Ludovicus, 29 mengaku telah memiliki peralatan judi haram termasuklah sebuah telefon bimbit, kalkulator dan sembilan keping kertas kecil di sebuah premis di Penampang Baru, pada jam 2.15 pm pada 18 November, tahun lalu.
Jennyfer dihukum di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai enam bulan atau denda yang tidak melebihi RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurut fakta kes, tempat tersebut telah diserbu oleh pihak polis semasa Ops Dadu. Tertuduh telah ditahan ketika menulis nombor 4D di kertas kecil.
Jennyfer mohon agar denda yang minimum dikenakan ke atasnya kerana tertuduh mengatakan bahawa dia hanyalah salah seorang pekerja di premis berkenaan.
Pendakwaan dilakukan oleh ASP Jakariya Jupakkal.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan