Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Tapak Pembinaan

8:36pm 07/03/2017 Pak Roshan 1135 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

Lokasi kejadian warganegara India mati ditimbus tanah runtuh di tapak pembinaan pencawang elektrik di Batu 25, dekat sini, petang tadi. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

SANDAKAN, 7 Mac : Seorang pekerja maut tertimbus tanah runtuh di tapak pembinaan tiang pencawang elektrik di Batu 25, Jalan Labuk dekat sini, hari ini.

Mangsa, seorang lelaki warga India dikenali sebagai Sona Mahto, 32, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja, Tipnarayan Mahto,33, juga dari India, mengalami kecederaan ringan.

Insiden tersebut berlaku apabila penghadang besi di tepi lubang sedalam dua meter itu runtuh ketika dua pekerja sedang bertugas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata laporan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.39 petang dan 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata mangsa yang tertimbus dikeluarkan menggunakan jengkaut dan cangkul oleh pekerja lain.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke situ untuk rawatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda