Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja maut tersepit bawah lori

ANGGOTA bomba membawa mangsa tersepit akibat dihempap ‘bucket’ lori pengangkat dalam kejadian di bengkel Majlis Daerah Keningau – Foto Ihsan Bomba

 

KENINGAU: Seorang pekerja bengkel maut selepas tersepit akibat dihempap ‘bucket’ lori pengangkat dalam kejadian di bengkel Majlis Daerah Keningau di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.55 pagi itu, Albert Musili, 53, dikatakan sedang melakukan kerja penyelenggaran ke atas sebuah lori di bengkel berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Mudi Pengiran, berkata sejurus menerima maklumat pada jam 8.59 pagi, sembilan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Raizaan Ag Damit bergegas ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba pada jam 9.06 pagi, operasi menyelamatkan mangsa tersepit segera dijalankan. Seorang mangsa lelaki tersepit di bawah lori milik Majlis Daerah Keningau ketika menjalankan tugas penyelenggaraan di bengkel berkenaan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di badan dikeluarkan oleh anggota bomba seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 09.48 pagi. – Oleh Suzianah Jiffar/BH Online

ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa tersepit di bawah trak lori milik Majlis Daerah Keningau, di Keningau. – Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa tersepit di bawah trak lori milik Majlis Daerah Keningau, di Keningau. – Foto Ihsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan