Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja larikan wang majikan berjumlah RM80 ribu diburu polis

8:03pm 12/02/2016 Leolerry Lajius 2444 views Jenayah,Tempatan
Wajah suspek yang melarikan wang tersebut.

Wajah suspek yang melarikan wang tersebut.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu kini diburu pihak polis selepas melarikan wang majikannya berjumlah RM80,000 yang disimpan di dalam kenderaan milik majikan pemandu tersebut.

Sebelum Kejadian, pengadu (Majikan suspek) bersama pemandunya (suspek) menaiki kenderaan persendirian pengadu untuk ke pejabat di Kolombong Neutron Point, Kolombong.

Apabila sampai di Luyang, pengadu  singgah ke Wong Kok Restaurant untuk bersarapan pagi bersama seorang kawannya dan ketika itu pengadu telah membawa satu beg bimbit yang mengandungi wang tunai berjumlah RM80,000 yang disimpan didalam kenderaannya.

Semasa pengadu bersarapan dengan rakan, pengadu telah meminta suspek untuk terus ke pejabat dan selepas bersarapan, pengadu akan meminta rakan menghantarnya balik ke pejabat.

Selepas bersarapan dan apabila pengadu sampai di pejabat, pengadu kemudian terus menghadiri satu mesyuarat dengan pengurus projeknya. Selesai sahaja mesyuarat tersebut, pengadu terus ke pejabatnya dan mendapati beg bimbit yang dibawa oleh pemandunya tiada di pejabatnya.

Pengadu terus menghubungi pemandunya beberapa kali  tetapi panggilan pengadu tidak di jawab  dan mendapati talian telefon pemandunya telah di matikan.

Selepas tidak berjaya menghubungi suspek,  pengadu balik ke rumahnya dan mendapati kenderaannya berada di rumah dan setelah diperiksa mendapati beg bimbitnya masih berada di dalam kenderaan namun pemeriksaan lanjut ke atas beg tersebut mendapati wang tunai RM80,000 telah tiada dan dipercayai telah dilarikan oleh pemandunya.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, susulan kejadian tersebut pengadu telah membuat laporan polis bagi mengesan suspek yang bernama Amli Bin Amjan, 31 tahun yang mempunyai alamat terakhir di Kolombong.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, diminta supaya menghubungi dan memaklumkan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Zulfairie di talian 0132618487 atau mana-mana balai polis berhampiran,”katanya.

Kes disisat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan atas kesalahan kerani atau orang gaji mencuri harta milik majikannya dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan