Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,703

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja Ladang Rentung Dalam Kebakaran Di Kinabatangan

11:02am 28/11/2015 Pak Roshan 1502 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

bakar

KINABATANGAN : Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kongsi pekerja di Ladang Jaguh Harmoni, Kampung Paris 2 dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosmadian Majid berkata mayat Marcel Inus Oder, 47, ditemui di bahagian dapur satu daripada bilik rumah kongsi satu tingkat itu yang mempunyai 16 bilik.

Menurutnya lima anggota bomba menggunakan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 pagi.

Lokasi kejadian yang jauh menyebabkan anggota bomba tiba dua jam kemudian, katanya.

Beliau berkata struktur rumah kongsi pekerja itu terbakar sepenuhnya.

Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan