Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja ladang parah bergelut dengan buaya

2:07pm 27/01/2016 Pak Roshan 16043 views Berita Pilihan,Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
PEKERJA ladang, Sulle Buriah, cedera diserang buaya ketika memancing di kawasan takungan air di FELDA Sahabat 39 di Lahad Datu, Sabah, semalam.

PEKERJA ladang, Sulle Buriah, cedera diserang buaya ketika memancing di kawasan takungan air di FELDA Sahabat 39 di Lahad Datu, Sabah, semalam.

LAHAD DATU: Seorang pekerja ladang cedera diserang buaya ketika memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di FELDA Sahabat 39, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, dikatakan sempat bergelut dengan buaya sepanjang kira-kira dua meter berkenaan sebelum diselamatkan oleh penduduk.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa memancing bersama anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum secara tiba-tiba reptilia terbabit menyambarnya menyebabkannya terjatuh ke dalam takungan air berkenaan.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim, beberapa penduduk yang melihat kejadian terbabit bergegas ke lokasi dan menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

“Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan