Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja ladang maut ditetak

11:23am 03/10/2016 Pak Roshan 1687 views Jenayah,Mutakhir
ditetaksamurai

gambar hiasan

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang maut ditetak selepas mengancam untuk membunuh suspek di Ladang Kurnialang Malbumi, dekat sini, pagi semalam.

‎‎Dalam kejadian antara jam 7.30 hingga jam 8 pagi itu, Jumada Tahiah, 46, yang juga warga Indonesia maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke rumah suspek dan mengancam untuk membunuh suspek dan keluarganya yang ketika itu sedang mencabut ubi keledek.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum mangsa mengeluarkan sebilah parang kecil yang diselit pada pinggangnya dan menyerang suspek menyebabkan suspek yang ketika itu memegang parang untuk mencabut ubi keledek terus menetak leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata selepas ditetak, mangsa terjatuh dalam longkang dan tidak sedarkan diri, manakala suspek melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit.

Katanya, kejadian itu cuma diketahui anak mangsa kira-kira jam 9 pagi yang datang ke lokasi kejadian sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

‎”Suspek yang berusia 46 tahun ditangkap kira-kira jam 3 petang semalam di pejabat ladang. Polis turut merampas sebilah parang berukuran 18 inci dipercayai digunakan suspek.

‎”Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya di sini, sebentar tdi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan