Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja Ladang Ditahan Disyaki Tetak Abang Ipar Hingga Mati

10:04am 04/09/2016 Pak Roshan 1213 views Jenayah,Mutakhir

ditetaksamurai

KINABATANGAN : Polis menahan seorang pekerja ladang yang disyaki membunuh abang iparnya yang ditemui dengan 12 kesan tetakan di kawasan perumahan sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata suspek lelaki warga Filipina berusia 23 tahun itu ditahan di pejabat Ladang Permodalan 1 pada pukul 12.40 pagi ini selepas menyerah diri kepada pengurus ladang.

Beliau berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki warga Filipina berusia 28 itu, yang juga pekerja ladang sama oleh pengurus ladang pada pukul 8.18 malam.

Mangsa ditemui tertiarap di atas tanah tanpa berbaju dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tetakan di badan, tengkuk, kepala dan bahu, katanya dalam kenyataan di sini hari Sabtu.

Katanya, polis merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan