Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja Kuari Maut Dihempap Forklift

Kemalangan tersebut
Kemalangan tersebut

KOTA KINABALU : Seorang pekerja kuari warga Indonesia maut selepas forklift dipandu terbalik dan menghempapnya di kawasan kuari di Jalan Kionsom dekat sini, kira-kira 2.45 petang Khamis.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang dikenali sebagai Petrus Tupen Lanan, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk dan bahagian belakang.

“Kejadian berlaku semasa mangsa, pemandu forklift menuruni bukit di kawasan kuari. Apabila sampai di satu selekoh, mangsa hilang kawalan dan forklift dipandunya terbalik dan menghempap mangsa,” kata Chandra dalam kenyataan di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan