Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja kilang terlepas tali gantung

taligantung

ALOR SETAR: Seorang pekerja kilang terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar 2,702.3 gram methamphetamine dua tahun lalu.

Margaret Charles, 28, berasal dari Kuching, Sarawak dituduh melakukan kesalahan itu di Unit Bas/Jalan Kaki, Lorong Pemeriksaan Bas, Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam pukul 12.10 tengah hari pada 29 Mei 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan pemilikan terhadap sebuah beg yang berisi dadah.

“Tertuduh telah membuat pembelaaan dengan keterangan bersumpah. Dalam keterangannya tertuduh berkata sebuah beg telah diletakkan di atas scanner oleh seorang lelaki Afrika yang baru dikenalinya di Bangkok.
“Saksi pendakwaan mengaku ada kamera litar tertutup (CCTV) di kompleks berkenaan,” katanya.
Mohd Zaki berkata bagaimanapun pendakwaan gagal mengemukakan rakaman CCTV Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam itu.

“Dalam kes ini selepas dipertimbangkan, pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati pertuduhan, terdapat keraguan sama ada beg itu berada dalam kawalan tertuduh atau diketahui sama ada terdapat dadah atau tidak,” katanya.

Margaret didakwa mengikut Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia, Mohd Khairuddin Idris dan tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Komen


Berita Berkaitan