Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,719

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja kilang kayu mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan

2:29pm 10/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 59 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang pekerja kilang kayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini merogol seorang remaja perempuan,15
Tertuduh, Mohd Nizar MatSalah@ MatSaleh, 24, didakwa melakukan kesalahan tersebut di Perumahan kosong kuaters kerajaan, Jabatan Air Membakut, Beaufort pada 21 Februari, tahun lalu pada jam lebih kurang 11 pagi.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh 1 Mac depan bagi pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM 10,000 (deposit RM5,000) beserta dua orang penjamin tempatan.
Selain itu, mahkamah turut memerintah agar tertuduh tidak dibenarkan untuk mengganggu saksi-saksi pihak pendakwaan termasuk mangsa dan tertuduh dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis yang berdekatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim. – Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan