Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekerja jualan langsung mencuri, dipenjara lima bulan

6:00pm 19/11/2015 Ann Vivien 48 views Jenayah,Tempatan

mahkamah-3-600x327

TAWAU: Seorang pekerja jualan langsung dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari kerana mencuri mesin gergaji bernilai RM200.

Lo Vui Chung, 30, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas mengaku salah mencuri mesin gergaji jenis Starke dan sebuah alat kawalan jauh Universal di Giant Hypermarket pada jam 5.30 petang pada 11 September 2015.

Fakta kes menunjukkan tertuduh ditangkap oleh pengadu kes iaitu pengawal keselamatan dengan dibantu ketua pengawal keselamatan yang sedang bertugas pada hari kejadian yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak atasannya. Tertuduh diserahkan kepada polis bersama barang kes.

Lo didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala kesalahan kedua atau kemudian boleh dipenjara dan didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Inspektor Rozelinna Baharuddin daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil sebagai pegawai pendakwa kes.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan