Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja farmasi mengaku tidak bersalah curi wang 

KOTA KINABALU- Seorang pekerja wanita di sebuah farmasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini  atas kesalahan mencuri wang di farmasi tersebut.
Federica Suduyin, 23 didakwa telah mencuri wang berjumlah RM 3547.55 di sebuah farmasi, di Centre Point, di sini, pada 13 Disember, tahun ini , pada jam 8 malam.
Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara untuk tempoh sehingga tujuh tahun dan didenda.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh pada 14 Januari, tahun hadapan untuk pengurusan kes dan jaminan sebanyak RM 3,000 dengan deposit RM 2,000 beserta dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan