Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEKERJA DBKK JUMPA MAYAT DI BAWAH JAMBATAN

Polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan satu mayat lelaki yang ditemukan dalam keadaan tertiarap di batu bawah jambatan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang pekerja am Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang sedang membersihkan kawasan pantai di Taman Awam Teluk Likas terkejut menemui mayat dalam keadaan tertiarap di atas batu di bawah jambatan Yayasan Sabah, pagi tadi.

Saksi yang hanya dikenali sebagai Nasri, 18, berkata ketika itu beliau bersama lima rakan setugas sedang membersihkan kawasan berkenaan sebagai rutin kerja harian mereka.

“Ketika sedang membersihkan pantai, saya terlihat seakan jasad seorang lelaki lengkap berpakaian sedang tertiarap pada batu di pinggir kawasan pantai. Ketika itu kawasan air surut dan pergi melihat secara dekat untuk memastikan.

Anggota polis membawa mayat untuk dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth selepas ditemukan dalam keadaan tertiarap di batu bawah jambatan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

“Setelah saya bersama rakan melihatnya, ternyata jasad itu tidak bernyawa lagi dan kami segera memaklumkan kepada pihak pengurusan ditempat kerja berhubung penemuan ini,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui oleh saksi dalam keadaan tertiarap di bawah jambatan Yayasan Sabah pada jam 10.30 pagi ketika sedang bertugas membersihkan kawasan sekitar.

Bertindak daripada itu, pihak polis telah menghantar pegawai dan anggota ke lokasi kejadian dan menghubungi pihak hospital yang kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan pada muka dan kesan calar ditangan kanan mangsa ketika pemeriksaan keatas tubuh dijalankan. Manakala siasatan dilokasi kejadian juga tidak menunjukkan berlakunya sebarang tanda-tanda dan unsur jenayah yang dikaitkan sebagai punca kematian mangsa. Mangsa dipercayai terjatuh daripada jambatan Yayasan Sabah.

Pihak polis kini sedang berusaha untuk mengesan waris si mati dan sekiranya terdapat mana-mana pihak kehilangan ahli keluarga diminta tampil untuk menghubungi pengawai penyiasat kes, Sub-Inspektor Mohd Rashidi Nawawi di talian 016-8335363. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan