Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekerja Asing Yang Ramai Di Nilai Perlu Dipantau

pekerja asing

NILAI– Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan pada Selasa diminta sentiasa memantau keadaan keselamatan di kawasan yang mempunyai ramai pekerja asing seperti Nilai bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

Menggesa demikian Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dengan cara ini, pekerja asing akan menyedari bahawa mereka selalu dipantau dengan itu tidak melakukan perkara-perkara sensitif dengan sewenangnya.

“Satu sistem yang lebih kukuh dan berkesan perlu kita lakukan di sini.

“Tambahan pula, kita tidak boleh mengaplikasikan sistem yang sedia ada yang hanya berkesan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ini adalah disebabkan perbezaan dari segi budaya, cara hidup dan latar belakang (pekerja asing),” kata beliau.

“Pekerja asing juga tidak sebebas di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Nilai di sini.

Beliau juga berharap agar pihak berkuasa memberi kata-dua kepada pemilik-pemilik industri supaya mereka mengambil pekerja asing daripada agensi-agensi yang sah.

“Kita mesti letakkan syarat-syarat di mana mereka boleh membawa pekerja-pekerja asing ke kawasan ini.

“Namun begitu isu tentang keselamatan dan isu pergerakan mereka perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan