Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pekan Kundasang Bebas Sampah menjelang tahun 2017

3:37pm 15/03/2016 Leolerry Lajius 30 views Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Nippon Paint Sdn.Bhd yang diwakili oleh Randel kepada Japiril.

Masidi menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Nippon Paint Sdn.Bhd yang diwakili oleh Randel kepada Japiril.

RANAU: Pelbagai usaha akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat menjadikan Pekan Kundasang Bebas Sampah menjelang tahun 2017.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berharap usaha itu akan menjadi contoh kepada daerah-daerah lain di negeri ini seterusnya menjadikan Sabah sebuah negeri yang bersih dan indah.

“Apabila kawasan kita bersih, ianya akan menarik lebih ramai pengunjung dan pengunjung inilah yang akan memenuhi premis-premis perniagaan kita.

“Saya berharap inisiatif ini akan menjadi contoh kepada daerah-daerah lain bagi menjadikan negeri kita sebuah negeri yang bersih dan indah” katanya ketika melancarkan Kundasang Bersih dan Indah di sini, baru-baru ini.

Program itu adalah inisiatif penduduk Kundasang yang dipengerusikan oleh Japiril Suhaimin bagi memastikan Kundasang menjadi sebuah pekan tanpa sampah menjelang tahun 2017.

“Tahniah kepada penduduk pekan Kundasang atas usaha melaksanakan program Kundasang Bersih dan Indah (KBI). Kundasang merupakan antara kawasan pertama yang menjalankan inisiatif seumpama ini.

“Kundasang merupakan milik kita dan adalah penting orang kita sendiri menjaga kawasan ini agar semangat pemilikan itu wujud tambahan pula masyarakat Dusun terkenal dengan sifat pembersih,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan dan tanggungjawab sosial Nippon Paint Sdn Bhd yang diwakili oleh  Randel Ricky Sodomon,   bersetuju menyumbangkan cat bernilai RM12,000 untuk mengecat semula bangunan kedai Kundasang.

Ia adalah sebahagian daripada kos mengecat keseluruhan bangunan dan sebahagiannya pula disumbangkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Sebagai tanda sokongan awal, Masidi mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM10,000 kepada Kundasang Bersih dan Indah untuk menyuntik semangat dan membantu pengurusan persatuan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan