Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEKADIN MINTA KPM SERAP GRADUAN UPSI MINOR BKD SEBAGAI GURU

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) meminta Kementerian Pendidikan memberi peluang kepada graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengambil minor Bahasa Kadazandusun (BKD) diambil sebagai guru mengajar subjek itu di sekolah-sekolah di negeri ini.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Presiden PEKADIN Nailin Gabintal berkata ini kerana ramai lulusan UPSI minor BKD yang belum dipanggil temuduga sedangkan terdapat kekosongan guru BKD di kebanyakan sekolah.

Malah ada beberapa sekolah yang pengajaran BKD diganti dengan bahasa lain disebabkan ketiadaan guru yang mahir mengajar BKD.

“Oleh itu, graduan UPSI minor Bahasa Kadazandusun seharusnya diberi peluang temuduga untuk jawatan guru BKD di sekolah. PEKADIN percaya graduan UPSI yang terlatih boleh membantu dalam pengajaran bahasa itu di Sabah sekiranya diberi peluang,” katanya ketika mengulas cadangan bekas Pelajar (Alumni) Bahasa Kadazandusun agar graduan yang mengambil minor BKD diberi peluang diserap terus menjadi guru BKD, di sini baru-baru ini.

 Wakil Alumni Minor BKD UPSI Klokson Majumba dipetik sebagai berkata bahawa ia penting kerana sehingga kini masih beberapa orang graduan universiti itu yang mengambil minor BKD belum mendapat pekerjaan.- Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan