Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pekadin anggap Operasi Bersepadu Khas petanda baik penyelesaian PATI di Sabah

Esscom perhebat Operasi Bersepadu Khas banteras PATI. foto ihsan Esscom
Esscom perhebat Operasi Bersepadu Khas banteras PATI. – foto ihsan Esscom

KOTA KINABALU – Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Sabah (Pekadin) menganggap Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) yang dilancarkan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sebagai titik permulaan yang baik ke arah menyelesaikan masalah PATI yang tidak berkesudahan di negeri ini.

Pengerusi Biro Hak Asasi dan Kebajikannya, Labidah Eulit  berkata, tindakan drastik itu membuktikan kesungguhan kerajaan menangani masalah PATI susulan pengumuman hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah mengenai PATI di Sabah.

Menurutnya, Pekadin yakin operasi berterusan yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) itu mampu membuahkan hasil dalam jangka masa yang panjang.

“Berdasarkan maklum balas, penduduk pantai timur kini merasa lebih selesa dan selamat sejak operasi bersepadu itu dilancarkan awal tahun ini yang bertujuan membersihkan Esszone daripada PATI.

“Justeri, Pekadin menyokong penuh operasi ini yang ternyata berkesan mengekang aktiviti PATI dan berharap ia dilaksanakan bukan sahaja di Esszone tetapi juga di seluruh Sabah untuk menjaga keselamatan rakyat seluruh negeri,” katanya sebagai mengulas kenyataan Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun berhubung perkara itu baru-baru ini.

Abd. Rashid berkata, Operasi Bersepadu Khas di Esszone akan dilaksanakan secara berterusan, sebagai memberi jaminan akan keselamatan di kawasan itu dan menambah operasi dengan slogan ‘tiada hari tanpa operasi’ itu kini giat dilaksanakan di daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Labidah berkata, Pekadin berharap syor yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin di Sabah itu dapat dilaksanakan, sekali gus memenuhi harapan rakyat Sabah yang mahu melihat negeri ini bebas daripada PATI. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan