Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pejuang ISIS Mati Akibat Makan Makanan Beracun Ketika Buka Puasa

isis

Iraq – Seramai 45 anggota kumpulan militan negara Islam (ISIS) meninggal dunia bukan disebabkan mereka keluar berjuang sebaliknya mereka terbunuh selepas makan makanan mengandungi racun ketika berbuka puasa.

Dalam kejadian itu, hanya 100 orang yang terselamat selepas berbuka puasa dengan makanan yang banyak di Mosul.

Namun tidak dapat disahkan sama ada mereka diracun atau terkena keracunan makanan.

Laporan oleh laman web Haaretz ini menyatakan ia bukan kali pertama militan ISIS itu menjadi sasaran melalui makanan yang diracun.

Sebaliknya berpuluh-puluh anggota ISIS meninggal dunia dalam keadaan sama pada bulan November tahun lepas selepas Puak Pemberontak Tentera Pembebasan Syria menyelinap masuk ke dalam kem mereka dan menyamar sebagai tukang masak.

Mereka kemudiannya meletakkan racun di kem yang sepatutnya menempatkan 1,200 orang.

Ketika anggota ISIS itu menikmati makanan yang mewah tersebut, beratus-ratus kanak-kanak dan wanita terpaksa beratur bagi mendapatkan makanan dan minuman dalam keadaan cuaca yang panas di bandar Raqqa.

Makanan yang mereka nantikan itu belum tentu akan diperolehi. Ia merupakan satu keadaan yang menyedihkan.-mynewshub

Komen


Berita Berkaitan