Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pejalan kaki maut dilanggar Proton Wira

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Proton Wira yang dinaiki empat orang penumpang di Jalan Tuaran Bypass, Berhampiran Restoran KFC, petang tadi.

Mangsa Siti Noraidah Binti Sartuo, 21, merupakan seorang pelajar dan berasal dari Tawau maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah selepas dilanggar kenderaan tersebut ketika melintas di jalan raya.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan ini berlaku ketika Proton Wira dari arah Tuaran menghala ke arah Kota Kinabalu, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan ini telah terlanggar seorang pejalan kaki perempuan yang melintas jalan dari kiri ke tengah jalan menyebabkan pejalan kaki melambung ke atas cermin depan Proton Wira.

“Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”

“Sementara,pemandu Proton Wira itu terus meninggalkan lokasi kejadian dan menghala ke Balai Polis Trafik untuk buat laporan Polis,”katanya.

Siasatan mendapati kemalangan ini adalah berpunca dari kecuaian pejalan kaki kerana cuai semasa melintas jalan. Lokasi kejadian adalah bukan laluan khas pejalan kaki.

Kes disiasat Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan