Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pejalan kaki maut dilanggar Proton Exora

3:31pm 01/04/2016 Leolerry Lajius 2554 views Tempatan
Keadaan mangsa dalam kejadian tersebut.

Keadaan mangsa dalam kejadian tersebut.

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang berlaku di  Jalan Tuaran, Berhampiran Taman Putera Jaya Telipok, awal pagi tadi.

Mangsa  Azri Bim Aklip, 20, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah selepas dilanggar oleh kenderaan tersebut ketika melintas jalan dari tengah (Pembahagi Jalan) ke kiri jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian ini berlaku ketika Proton Exzora dari arah Tuaran menghala ke Taman Putera Jaya melalui Jalan Tuaran.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, Proton Exzora  telah terlanggar seorang Pejalan Kaki yang melintas jalan dari tengah (Pembahagi Jalan) ke kiri jalan menyebabkan pejalan kaki melambung ke atas cermin depan Proton Exzora sebelum jatuh ke atas jalan.”

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara pemandu dan 6 orang penumpang Proton Exzora tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengngkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan