Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pejalan kaki maut dilanggar lori

11:26pm 29/03/2016 Leolerry Lajius 676 views Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut selepas terbabit dengan kemalangan yang melibatkan sebuah Lori di Jalan Sepanggar berhadapan dengan Kilang Sabah Cement tenga hari tadi.

Mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan ini berlaku ketika lori dipandu dari arah KKIP menghala ke Pelabuhan Sepanggar dan apabila sampai di tempat kejadian di depan Kilang Sabah Cement tiba-tiba seorang pejalan kaki berlari dari kiri ke kanan jalan di hadapan lori tersebut.

“Pemandu lori tidak sempat membrek dan mengelak menyebabkan terlanggar pejalan kaki itu.”

“Akibat daripada itu, pejalan kaki cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat,”katanya.

Siasatan mendapati kemalangan ini adalah berpunca dari kecuaian pejalan kaki kerana cuai semasa melintas jalan. Lokasi kejadian adalah bukan laluan khas pejalan kaki.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan