Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pejalan kaki maut dalam kemalangan

Kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut selepas terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku pada jam 7.45 pagi melibatkan sebuah lori 3 tan di Jalan Tuaran, Jalan susur masuk ke Pekan Manggatal, pagi tadi.
Mangsa Eni Binti Daude, 46, disahkan meninggal dunia di hospital Likas oleh Dr. Helena Shaminii pada jam 8.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati bahawa kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Rampayan menuju ke Inanam dan apabila sampai di Jalan susur masuk ke Pekan menggatal berdekatan kedai 99 Speedmart, tiba-tiba pemandu Lori berkenaan terdengar suara jeritan dan bertindak memberhentikan Lori dan mendapati seorang pejalan kaki iaitu seorang perempuan terbaring di sebelah kanan Lori berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca dari kecuaian pejalan kaki yang melintas jalan raya tidak mengikut laluan Lintasan Pejalan kaki yang hanya berada 20 meter dari tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Sek.41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan