Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pejalan kaki maut dalam kejadian langgar lari

11:30am 06/11/2016 Pak Roshan 2627 views Jenayah,Mutakhir
Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

KUNAK: Seorang pejalan kaki berumur 35 tahun ditemui maut dipercayai akibat dilanggar lari oleh kenderaan, di Kilometer 9, Jalan Kunak-Tawau, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah ini, Supt. Mohd Nasaruddin M. Nasir ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada kira-kira jam 7.40 malam, di lokasi jalan yang lurus.

Katanya, mangsa seorang lelaki mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta pendarahan di kepala dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Daerah Kunak untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.

Difahamkan, mangsa merupakan penduduk Kg. Mostyn Lama, di sini.

Sehubungan itu, Nasaruddin turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar dapat tampil ke Balai Polis bagi membantu siasatan kes tersebut.

”Balai Polis Kunak boleh dihubungi menerusi nombor 089-851222 atau menghubungi Ketua Trafik Daerah, Insp. Sidiq.

“Setakat ini, belum ada sesiapa atau pemandu yang bertanggungjawab tampil dalam kes berkenaan dan ianya disiasat sebagai kes kejadian langgar lari,” katanya lagi. – NewSabahTimes

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan