Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pejabat Umno Pitas terbakar

PITAS: Sebuah pejabat Umno bahagian Pitas musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7.36 malam semalam.
Difahamkan, bangunan pejabat dua tingkat yang terletak Kg Kelumpang, pekan lama Pitas itu disewa oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat.
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 malam, bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 8.40 malam dan tiada kecederaan dilaporkan,” kata Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Affendy K.Ramin, semalam.
Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

IMG_20150108_233417

Komen


Berita Berkaitan