Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pejabat terbakar

KOTA KINABALU: Sebuah pejabat terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi di  Lim Guan Sing & Goh, Peguambela/ Peguamcara, no.2 blok.2, Jalan Sireh, Pekan Tanjung Aru.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 2 kilometer itu pada jam 8.15 pagi.

Menurut makluman pihak bomba, kebakaran yang melibatkan sebuah pejabat di tingkat satu yang berukuran 30 kaki lebar dan 50 kaki panjang itu terbakar 40 peratus dalam kejadian berkenaan.

Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran dengan membuka 1 aliran hose reel dengan mendapatkan sumber air daripada jentera.

Operasi yang melibatkan seramai 23 orang anggota dan empat buah jentera serta dua buah motorsikal bomba itu berjaya mengawal kebakaran berkenaan pada jam 8.24 pagi dan tamat pada jam 8.56 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Komen


Berita Berkaitan