Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pejabat KPDNKK beri amaran 4 peniaga

Amisah ketika membuat pemeriksaan harga barangan di pasar besar Kota Kinabalu.

Amisah ketika membuat pemeriksaan harga barangan di pasar besar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sabah memberi amaran terhadap empat peniaga di negeri inikerana didapati tidak mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barang yang tersenarai dalam skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Puasa tahun ini

Timbalan Pengarah PPDNKK Sabah yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sabah, Yahya Sujak berkata, kegagalan meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh dikenakan denda maksimum sehingga seratus ribu ringguit.

Jelas beliau, tanda harga merah jambu bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk mengenalpasti barangan yang tersenarai dalam skim kawalan harga.

Beliau berkata demikian kepada media semasa membuat pemantauan barang yang terlibat dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Pasar Besar Kota Kinabalu. Pemantauan tersebut turut disertai Pengarah PPDNKK Sabah Yahya Sulaiman dan Pengerusi Skuad Pengguna Sabah, Datuk Amisah Yassin.

Menurut Yahya lagi, pemantauan tersebut mendapati sesetengah peniaga menjual barangan terkawal yang dibungkus sedia pada harga lebih tinggi daripada harga asal. Justeru pengguna dinasihatkan mengelak membeli barangan yang sedia dibungkus dan meminta peniaga menimbang barangan seperti bawang terlebih dahulu.

“Pemeriksaan kita dapati ada sesetengah peniaga di pasar di sini menjual bawang satu paket RM2.00 dan apabila kita buat didapati bahawa dia 200 gram yang sepatutnya dijual dengan harga seringgit setengah sahaja. Disitu sebenarnya pengguna tertipu sebanyak 50sen.

Sehubungan itu,  Amisah menyeru para peniaga agar  tidak mengambil kesempatan menipu para pengguna.

“Pengguna seharusnya bijak membuat pembelian barangan dan sebelum membuat pembelian pengguna haruslah memastikan harga dan berat bagi barang yang telah dibungkus adalah sepadan,”katanya.

Sebanyak 19 barangan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa. Antaranya, ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import India, telur ayam, cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang besar import, bawang putih China, ubi kentang import china, ikan kembung dan ikan selayang./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan