Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peguam Negara maut

ANGGOTA keselamatan memeriksa lokasi pengeboman yang mengakibatkan kematian Peguam Negara Mesir.

Kaherah: Peguam Negara Mesir Hisham Barakat maut semalam dalam serangan bom dahsyat yang menyasarkan konvoi membawanya ke tempat kerja.

Menteri Kehakiman Ahmed al-Zind mengesahkan perkara itu di hospital di mana Hisham, 64, dibawa untuk rawatan.

“Dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut doktor, Hisham maut akibat kegagalan organ disebabkan kecederaan teruk dialaminya.

Dia pegawai kanan tertinggi Mesir terbunuh sejak presiden Mohammed Mursi digulingkan, dua tahun lalu.

Kematiannnya dilihat satu pukulan kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Serangan berlaku dalam pada pasukan keselamatan Mesir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada ambang ulang tahun kedua demonstrasi besar-besaran yang membawa kepada kejatuhan presiden Mohammed Mursi.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab bagi serangan yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan termasuk polis dan orang awam cedera.

Pengawal peribadinya berkata: “Tiba-tiba kedengaran letupan kuat. Kaca berterbangan, keadaan tidak ubah seperti gempa bumi.”

Saksi Shaama Abdel Fattah berkata: “Saya terdengar letupan kuat dan terus berlari ke arahnya. Saya nampak kereta Hisham terbakar.”

Ketua skuad bom Jeneral Mohamed Gamal berkat, penyerang sama ada menggunakan bom kereta atau melekatkan letupan di bawah kenderaan.

Baru-barua ini sekutu Negara Islam (IS) di Mesir – Ansar Beit al-Maqdis – menggesa serangan terhadap badan kehakiman berikutan hukuman gantung terhadap enam lelaki didakwa anggota militan.

Mei lalu, dua hakim dan seorang pendakwa ditembak mati di Sinai.

Hisham mengarahkan pendakwaan ribuan orang sejak Mohammed digulingkan pada 2013 dan ratusan lagi dihukum bunuh. Ini termasuk kes terhadap Mohammed sendiri yang kini merayu hukuman mati terhadapnya. – AFP

Komen


Berita Berkaitan