Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pegawai Wanita Amuk Dipindah Ke Jabatan Lain

11:55am 17/03/2016 Pak Roshan 3783 views Isu Semasa,Mutakhir

polis (1)

SUSULAN insiden seorang anggota polis trafik wanita yang memarahi pengadu dalam kejadian yang berlaku pada 13 Mac baru-baru ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes tersebut.

Kenyataan terbabit mengesahkan kejadian terbabit berlaku kira-kira pukul 6 petang pada Ahad, di kaunter pejabat pertanyaan ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor.

Pihak ibu pejabat polis Subang Jaya mengesahkan bahawa ianya telah berlaku pada 13/03/2016 (Ahad) jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di kaunter pejabat pertanyaan trafik ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor”, tulis kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu lagi, sementara sementara siasatan dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap pegawai itu telah dibuat dengan serta merta.

Sementara siasatan sedang dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap anggota polis wanita telah dibuat dengan serta merta (tugas pentadbiran) dan tidak lagi berurusan di barisan hadapan.

“Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah memberi jaminan bahawa siasatan dalaman akan menyiasat dari segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya,”  tulis kenyataan itu.

Bagaimanapun, berdasarkan apa yang polis itu bercakap menerusi rakaman tersebut, dipercayai pengadu telah memulakan provokasi dengan mengatakan pegawai berkenaan Stupid.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat sebelum ini, dipercayai pengadu telah memulakan provokasi dengan mengatakan pegawai wanita itu ‘bodoh’ menyebabkan dia menghentak meja sewaktu berurusan dengan mereka.-MYNEWSHUB.CC

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan