Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Pegawai tentera’ letup bom dalam seluar

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Manila: Dua maut dan tiga yang lain cedera apabila seorang suspek lelaki yang menyamar sebagai ketua sarjan tentera mengamuk di balai polis semalam.

Laporan awal oleh pejabat polis daerah menyatakan, kejadian bermula di bahagian lokap balai berkenaan sejurus sebelum tengah hari.

Suspek dikenali sebagai Reynaldo Salang.

Jurucakap polis Davao del Sur berkata, pada suatu ketika seorang pesara polis – dikenali sebagai Bacun – menawarkan diri untuk berunding dengan Salang bagi menamatkan kekecohan di balai berkenaan.

Katanya, Salang memiliki sebutir bom tangan yang disembunyikan di dalam seluar.

“Bagaimanapun Salang meletupkan bom tangan berkenaan menyebabkan dirinya sendiri dan Bacun maut,” katanya.

Polis lain yang ada berhampiran pula cedera terkena serpihan bom.

Jurucakap itu berkata, Salang ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam selepas menawan sebuah bas dipenuhi penumpang di Barangay Poblacion.

Selepas hampir sejam rundingan, Salang mengalah lalu menyerahkan senjatanya kepada polis, namun tanpa pengetahuan mereka, dia menyembunyikan bom tangan di dalam seluarnya.

Sebaik tiba di lokap, Reynaldo mengugut untuk meletupkan bom berkenaan jika dia tidak dibebaskan.

Setelah berasakan rundingan itu tidak dapat memenuhi permintaannya, Salang terus meletupkan bom berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan