Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pegawai Polis Kritikal Kemaluan Digigit Lelaki Mabuk

12:19pm 29/03/2016 Pak Roshan 1496 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

COLOMBO – Seorang pegawai polis Sri Lanka kritikal apabila kemaluannya digigit seorang lelaki yang cuba ditahan kerana berkelahi ketika mabuk.

Sub-inspektor yang tidak dikenali itu cuba meleraikan pergaduhan di sebuah resort pantai 70 kilometer di selatan Colombo pada malam Ahad apabila lelaki itu menggigitnya di seluar.

“Pegawai itu kini di unit rawatan rapi.

Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk menyambung semula bahagian yang digigit,” kata seorang pegawai kanan di kawasan itu kepada AFP.

“Difahamkan suspek mabuk ketika itu, tetapi kini sudah ditahan dan akan didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah kepada seorang pegawai polis.” katanya. –Agensi/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan